Tarikh diterbitkan : 02 Dec 2022

INFORMAL TECHNICAL DISCUSSION OF THE COMMON BORDER DATUM REFERENCE FRAME (CBDRF) PROJECT AS PART OF THE ACTION PLAN TOWARD THE RESOLUTION OF THE OUTSTANDING BOUNDARY PROBLEMS (OBP) OF THE INTERNATIONAL BOUNDARY BETWEEN MALAYSIA (SABAH) AND INDONESIA (KALIMANTAN UTARA) | 29-30 NOVEMBER 2022

INFORMAL TECHNICAL DISCUSSION OF THE COMMON BORDER DATUM REFERENCE FRAME (CBDRF) PROJECT AS PART OF THE ACTION PLAN TOWARD THE RESOLUTION OF THE OUTSTANDING BOUNDARY PROBLEMS (OBP) OF THE INTERNATIONAL BOUNDARY BETWEEN MALAYSIA (SABAH) AND INDONESIA (KALIMANTAN UTARA) | 29-30 NOVEMBER 2022

Satu Informal Technical Discussion of the Common Border Datum Reference Frame (CBDRF) Project as Part of the Action Plan Toward the Resolution of the Outstanding Boundary Problems (OBP) of the International Boundary between Malaysia (Sabah) and Indonesia (Kalimantan Utara) telah diadakan pada 29-30 November 2022 bertempat di Ibu Pejabat JUPEM, Kuala Lumpur. Perbincangan ini adalah yang kedua kalinya diadakan secara fizikal pada tahun ini bagi membantu menyelesaikan urusan penentuan sempadan di antara kedua-dua negara.

Pihak Malaysia diketuai oleh Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob, Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik), manakala di pihak Indonesia pula, diketuai oleh Ibu Astrit Rimayanti, Kepala Bidang Pemetaan Batas Negara, Pusat Pemetaan Batas Wilayah, Badan Informasi Geospasial. Turut hadir dalam perbincangan ini adalah Sr Zuhairy bin Ibrahim selaku Pengerusi CBDRF Malaysia, dan Bapak Eko Artanto selaku Pengerusi CBDRF Indonesia. Seramai lapan orang delegasi Indonesia telah hadir ke sesi perbincangan teknikal ini.

Pertemuan pada kali ini turut dimeriahkan dengan satu majlis makan malam pada 29 November 2022 yang dihadiri oleh barisan kepimpinan JUPEM seperti berikut: YBrs Sr Mohammad Zaki Bin Mohd Ghazali (Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia), YBrs Sr Wan Mohamad Darani Bin Ab. Rahman (Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I), YBrs Sr Hazri Bin Hassan (Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II), Sr Dr. Ahmad Sanusi bin Che Cob (Pengarah Ukur Bahagian (Ukur Geodetik)), Sr Muhammad Salim Bin Mohammed Asari (Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)), Sr Azlim Khan Bin Abdul Raof Khan (Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri Pahang), dan Sr Powzy Bin Mohd Som (Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan)).

Majlis makan malam ini turut disertai oleh First Admiral Idham Facha, Ketua Teknikal Joint Working Group (JWG) Outstanding Boundary Problem (OBP) Indonesia.