LAMAN UTAMA

Bantuan

 
Panduan W3C
Portal Jabatan Ukur Dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) menyediakan kemudahan untuk membantu pengguna portal yang memerlukan sedikit pengubahsuaian kepada kandungan portal ini supaya dapat dibaca dalam keadaan yang terbaik. Ini juga bertujuan untuk memenuhi matlamat W3C: Web Accessibility Initiative (WAI) yang mana untuk menjadikan portal boleh dicapai oleh Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kemudahan yang bersesuaian. Kumpulan ikon ini berada di bahagian atas kiri Portal JUPEM.
 
1. Pengguna portal boleh mengubah saiz fon kepada lebih besar atau kecil mengikut kesesuaian pengguna.
2. Bagi pengguna buta warna, terdapat beberapa pilihan warna (putih, merah, hijau, biru dan kuning). Pengguna boleh memilih warna daripada seleksi warna yang diberikan bagi menukar warna fon.
3. Portal ini menyediakan dua (2) bahasa iaitu Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris. Pengguna boleh mengubah bahasa dengan menekan menu dropdown bagi Bahasa Malaysia atau English bagi pilihan Bahasa Inggeris.
 
Komen/Cadangan
Borang maklum balas terdapat pada Laman Utama > Aduan & Maklum Balas.
1. Sila masukkan: Kategori mengenai aduan (Portal Rasmi JUPEM/E-Biz), Nama, E-mel, Jenis (Pertanyaan, Komen, Cadangan, Aduan, Lain-lain), Nombor Telefon, Perkara serta kandungan.
2. Tekan butang Hantar untuk menghantar Komen/Cadangan.
3. Selepas menekan butang Hantar, satu pop-up akan dikeluarkan seperti gambar rajah di bawah:
4. Pihak kami akan menghantar respon kepada anda melalui e-mel yang telah dimasukkan semasa menghantar Komen/Cadangan.
 
Aplikasi eBiz
Jika anda telah berdaftar sebagai Pengguna Utama, anda boleh daftar masuk bagi menggunakan aplikasi eBiz dengan menekan butang eBiz Laman Utama portal seperti yang ditunjuk dalam gambar rajah di bawah. ebiz
 
Direktori Pegawai
1. Sila pilih Bahagian/Seksyen/Negeri pada menu dropdown. Sila Pilih Bahagian/Seksyen/Negeri. Anda akan dipaparkan dengan direktori pegawai bagi Bahagian/Seksyen yang telah dipilih.
2. Jika anda mengetahui nama pegawai, sila masukkan nama pegawai sebagai kata kunci carian pada petak Carian Nama.
3. Direktori Pagawai memaparkan senarai nama pegawai, jawatan, e-mel, nombor telefon serta nombor faks.