Tarikh diterbitkan : 25 Feb 2021

Sesi Walkabout YBhg. Dato’ KPUP ke Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK)

KUALA LUMPUR, 23 Feb - Sesi Walkabout oleh YBhg. Dato’ Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia ke Bahagian Perancangan dan Korporat (BPK) telah diadakan pada hari ini. Kehadiran YBhg. Dato’ KPUP telah disambut oleh Sr Tsalimy bin Abdullah, Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) dan pegawai-pegawai di BPK. Turut hadir dalam sesi walkabout ini ialah Puan Nor Azliza binti Shaharuddin, Pengarah Bahagian (Khidmat Pengurusan).

Sesi Walkabout ini antaranya bertujuan untuk melihat secara dekat pengurusan, pencapaian KPI dan aktiviti-aktiviti di Bahagian Perancangan dan Korporat.

YBhg. Dato’ KPUP turut berkesempatan melawat ke Seksyen-Seksyen di BPK termasuklah Pusat Khidmat Pelanggan dan Pusat Data Hijau JUPEM di Seksyen Pengurusan Sistem Maklumat. Pengarah Ukur Bahagian (Perancangan dan Korporat) telah menyampaikan cenderahati kepada YBhg. Dato’ KPUP sebagai tanda kenang-kenangan pada akhir sesi walkabout ini.