Tarikh diterbitkan : 14 Aug 2020

Gangguan Capaian Aplikasi CSRS & JUPEM2U Selangor

Dimaklumkan bahawa aplikasi CSRS dan JUPEM2U Selangor akan mengalami gangguan capaian bermula pada 14 Ogos 2020 (Jumaat), jam 4.00 petang disebabkan penutupan sementara bekalan elektrik oleh TNB di Plaza Masalam. Aplikasi CSRS dan JUPEM2U Selangor dijangka akan beroperasi semula pada 17 Ogos 2020 (Isnin), jam 9.00 pagi. Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amat dikesali.