Tarikh diterbitkan : 18 Dec 2022
PENYEDIAAN PETA KHAS SEBELUM DAN SELEPAS BENCANA BAGI KEJADIAN TANAH RUNTUH DI TAPAK PERKHEMAHAN FATHER'S ORGANIC FARM, BATANG KALI SELANGOR

Kerja-kerja menyiapkan data-data serta Peta Khas Sebelum dan Selepas Bencana di kawasan bencana giat dilaksanakan oleh pegawai-pegawai JUPEM Ibu Pejabat yang komited daripada Bahagian Geospatial Pertahanan (BGSP), Bahagian Pemetaan Topografi Semenanjung (BPTSM) serta Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS).
Peta-peta ini disediakan menggunakan imej satelit, data penggambaran UAV dan LIDAR serta data kadaster.
Peta-peta khas yang disediakan dengan kerjasama Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) ini digunakan dalam aktiviti SAR dan juga kajian pada masa hadapan.