Tarikh diterbitkan : 10 Dec 2019

Lawatan Rasmi YBrs. TKSU KATS ke JUPEM

YBrs. Dr. Mohd Mokhtar bin Tahar, Timbalan Ketua Setiausaha (Tanah dan Sumber Asli), Kementerian Air, Tanah dan Sumber Asli (KATS) telah mengadakan lawatan rasmi ke Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) pada 6 Disember 2019 (Jumaat). Turut hadir sama dalam lawatan kerja ini ialah Setiausaha Bahagian KATS dan pegawai-pegawai kanan di KATS serta Ibu Pejabat JUPEM.
 
Lawatan tersebut dimulakan dengan kunjungan ke gerai pameran yang diadakan Pusat Khidmat Pelanggan JUPEM. Majlis kemudian diteruskan di Bilik Persidangan Tingkat 15, Wisma JUPEM dengan tayangan montaj video korporat JUPEM serta ucapan alu-aluan oleh YBhg. Dato' Sr Dr. Azhari bin Mohamed, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia. Satu taklimat ringkas mengenai JUPEM juga telah disampaikan oleh YBrs. Sr Ahmad Azman bin Ghazali, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan I.