Tarikh diterbitkan : 08 Feb 2023

MAJLIS ILMU, TAZKIRAH SERTA SOLAT ZOHOR BERSAMA YB SENATOR DATO’ SERI DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI | 7 FEBRUARI 2023

MAJLIS ILMU, TAZKIRAH SERTA SOLAT ZOHOR BERSAMA YB SENATOR DATO’ SERI DR. ZULKIFLI BIN MOHAMAD AL-BAKRI | 7 FEBRUARI 2023

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) telah menganjurkan Majlis Ilmu dan Sesi Tazkirah dengan bertemakan ciri-ciri kepimpinan Rasulullah S.A.W untuk diterapkan ke dalam pengurusan dan keperibadian pegawai-pegawai kanan JUPEM. Majlis ilmu ini telah dijalankan pada 7 Februari 2023, dan ia telah disampaikan oleh YB Senator Dato' Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri di Bilik Persidangan, Ibu Pejabat JUPEM. Selain itu, YB Senator turut menekankan keperluan para pegawai kanan untuk bersikap proaktif dalam menyusun strategi dan menggerakkan organisasi agar perkhidmatan dapat disampaikan dengan cemerlang lagi terbilang.

Seterusnya, majlis disambung dengan sesi kuliah ringkas dan solat zohor bersama warga JUPEM di Surau Al-Muqarrabin, Ibu Pejabat JUPEM. Sesi kuliah ini juga turut dikongsikan secara live melalui Facebook JUPEM (jupem.my).

Terima kasih buat YB Senator Dato' Seri Dr. Zulkifli Bin Mohamad Al-Bakri kerana telah meluangkan masa bersama-sama warga JUPEM. Tidak lupa juga terima kasih buat Persatuan Kebajikan Pekerja Islam JUPEM untuk kerjasama membantu urusan majlis di Surau Al-Muqarrabin. Dan akhir sekali terima kasih buat semua yang bersama-sama memeriahkan dan menjayakan majlis.