Tarikh diterbitkan : 03 Jan 2024

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 20 DISEMBER 2023

KUNJUNGAN HORMAT TIMBALAN SETIAUSAHA KERAJAAN NEGERI MELAKA KEPADA KETUA PENGARAH UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA | 20 DISEMBER  2023

Timbalan Setiausaha Kerajaan (Pembangunan), Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM), Datuk Md Azhan bin Samat serta beberapa pegawai dari JKMM telah mengadakan sesi kunjungan hormat kepada YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 20 Disember 2023 di Pejabat KPUP, Wisma JUPEM.  

Beberapa perkara telah dibincangkan dan kerjasama antara dua agensi akan terus dieratkan dalam pelbagai aspek yang berkenaan, terutamanya bagi merealisasikan projek Kampung Digital Negeri Melaka. 

Informasi 
Kerajaan Negeri Melaka melalui Jabatan Ketua Menteri Melaka (JKMM) sedang melaksanakan lnisiatif Kampung Digital yang mana projek ini bertujuan untuk mengatasi isu ketiadaan alamat rumah yang jelas dan berstruktur dikalangan penduduk kampung. lni akan membawa manfaat kepada penduduk kampung dalam aspek pengurusan, penghantaran, dan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan alamat rumah. Kelebihan Inisiatif Kampung Digital juga akan menghasilkan data perangkaan mengenai jumlah rumah dan juga persempadanan kampung di Negeri Melaka. Kolaborasi antara JUPEM dan Kerajaan Negeri Melaka akan dipertingkatkan melalui inisiatif ini.