Tarikh diterbitkan : 06 May 2024

LAWATAN KERJA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KE JUPEM | 19 April 2024

LAWATAN KERJA SURUHANJAYA PILIHAN RAYA MALAYSIA KE JUPEM | 19 April  2024

Satu lawatan teknikal daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) telah diadakan di Bilik Persidangan, Tingkat 15 Wisma JUPEM, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia pada 19 April 2024. Lawatan deligasi SPR yang diketuai oleh Encik Mohd Rashidan bin Abdul Rahim, Ketua Penolong Setiausaha, Ibu Pejabat SPR bersama dengan 13 pegawai daripada pejabat SPR negeri. Kedatangan deligasi disambut oleh Pengarah Ukur Bahagian (Pangkalan Data Geospatial Data Negara) Sr Siti Zainun binti Mohamad yang telah mempengerusikan sesi lawatan ini. 

Tujuan lawatan teknikal ini diadakan adalah bagi membincangkan permohonan SPR untuk mendapatkan data spatial terkini daripada JUPEM untuk digunakan dalam Sistem MySPR dalam urusan kajian semula persempadanan bahagian pilihan raya. Pada masa yang sama, sesi lawatan juga sempat mengunjungi Bahagian Kartografi dan GIS (BKGIS) untuk melihat sendiri bagaimana proses peta PIlihan Raya dihasilkan.