Tarikh diterbitkan : 06 May 2024

LAWATAN KERJA PETRONAS GAS BERHAD (PGB) KE BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI, JUPEM | 23 April 2024

LAWATAN KERJA PETRONAS GAS BERHAD (PGB) KE BAHAGIAN PEMETAAN UTILITI, JUPEM | 23 April  2024

Bahagian Pemetaan Utiliti (BPU) telah menerima kunjungan dari Petronas Gas Berhad (PGB) untuk lawatan kerja. 
Lawatan ini telah diketuai oleh Encik Mohd Khusyairy bin Md Zaki, dan diiringi oleh Encik Mohamad Zahari bin Mokhtar, Encik Mohamad Idwal bin Wali Mohamad serta Puan Nurzulaika binti Rosli. Lawatan kerja ini dibuat adalah untuk melihat lebih mendalam mengenai data geospatial di BPU dan mendapat maklumat lanjut mengenai perjanjian perkongsian data (NDA). 

Program lawatan ini dimulakan dengan sesi perbincangan yang dipengerusikan oleh Sr Mohd Noor bin Wagiran, Pengarah Ukur Seksyen dan dihadiri oleh pegawai-pegawai lain dari BPU. Sr Mohd Harris Hafizi bin Mohd Shahidan, Penolong Pengarah Ukur turut membentangkan mengenai latar belakang, sistem dan pangkalan data di BPU. 

Terima kasih kepada pihak Petronas Gas Berhad kerana sudi mengadakan lawatan kerja ke JUPEM dan semoga lawatan ini dapat memberi manfaat kepada BPU/JUPEM dan PGB.