Tarikh diterbitkan : 29 Dec 2021

PEMAKLUMAN TARIKH AKHIR PENGGUNAAN DAN NOTIS PENUTUPAN TAPAK KALIBRASI EDM/GNSS DI KADA RESORT MELOR, MUKIM PADANG LEBAN, KOTA BHARU

Dimaklumkan bahawa Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di bawah seliaan JUPEM Kelantan di KADA Resort Melor, Mukim Padang Leban, Kota Bharu akan ditutup sepenuhnya bermula 15 Januari 2022 bagi memberi ruang kepada kerja pembinaan projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL). Tapak Kalibrasi EDM/GNSS baharu di Semerak, Mukim Gong Datok Timur, Pasir Puteh yang kini dalam fasa pembinaan dijangka siap dan mula operasi pada Mac 2022. 
 
Semua pengguna yang berhasrat melaksanakan cerapan kalibrasi EDM/GNSS di Tapak Kalibrasi KADA Resort Melor disarankan berbuat demikian dalam tempoh dua (2) minggu pertama Januari 2022. Sehingga Tapak Kalibrasi Semerak siap, pengguna boleh menggunakan Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Tanjung Jara, Dungun di bawah seliaan JUPEM Terengganu sebagai alternatif.

Sebarang pertanyaan atau permohonan berhubung penggunaan Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di KADA Resort Melor boleh dirujuk kepada Pejabat Ukur Jajahan Kelantan Timur di talian 09-748 4577.