Visi Misi Moto Dasar Kualiti Kod Etika Logo JUPEM.


style switcher

Dasar Kualiti

JUPEM komited kepada pemberian perkhidmatan ukur kadaster dan pemetaan serta penyebaran maklumat geospatial yang berkualiti mengikut standard yang ditetapkan dan kepada usaha penambahbaikan yang berterusan bagi memenuhi kehendak pelanggan.

  • Amanah dan jujur dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tanpa menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.
  • Sentiasa sabar, tenang dan cekal dalam semua situasi.
  • Benar, tulus dan ikhlas dalam menjalankan sebarang urusan.
  • Berdisiplin dan berhemah tinggi.
  • Sentiasa mengamalkan ciri-ciri kreatif, inovatif, bermotivasi, berdaya saing dan akuantabiliti.
  • Menjalinkan semangat kerjasama, muhibbah dan kasih sayang pada semua peringkat.
  • Berbangga menjadi warga JUPEM dan sentiasa berusaha meninggikan martabat dan imej jabatan.
  • Memberi perkhidmatan yang efisien dan berkualiti.
  • Berusaha memastikan produk-produk jabatan adalah berkualiti dan memenuhi kehendak pelanggan.
  • Yakin, tepat, adil dan konsisten dalam membuat sebarang keputusan.
  • Sentiasa menjaga kerahsiaan maklumat yang diberikan kepada pelanggan.

Definisi Logo

Logo JUPEM pada keseluruhannya adalah lebih energetik, dinamik, progresif serta mampu bersaing dalam menghadapi cabaran-cabaran yang bersifat sejagat khususnya dalam penyediaan infrastruktur ukur dan pemetaan bagi mendukung Dasar Pembangunan Negara.

  • Reka bentuk logo JUPEM terdiri daripada 3 bentuk asas iaitu titik-titik, bulatan gedang dan garisan orbit. Titik-titik ini terpisah dua oleh garisan orbit mencerminkan dua aktiviti utama JUPEM iaitu aktiviti pengukuran kadaster dan aktiviti pengukuran pemetaan.
  • Warna oren melambangkan keceriaan, kegemilangan, kepekaan JUPEM kepada kehendak pelanggan dan menyatakan kewujudan dan kepentingan JUPEM kepada masyarakat dan negara.
  • Warna hijau adalah warna rasmi jabatan dan dipilih bagi menunjukkan bahawa JUPEM senantiasa prihatin dan memberi perhatian serius kepada aspek alam semula jadi dalam pemeliharaan persekitaran yang sihat.
  • Penampilan titik-titik memberi petunjuk bahawa JUPEM menggunakan teknologi elektronik dan sistem jaring untuk memperkasakan maklumat ukur dan pemetaan.
  • Garisan orbit pula menitikberatkan betapa pentingnya komunikasi, penyebaran maklumat dan rangkaian.

style switcher