PERMOHONAN KEMASUKAN KE LALUAN PAKAR BIDANG KHUSUS (SUBJECT MATTER EXPERT - SME) DI JABATAN UKUR DAN PEMETAAN MALAYSIA (JUPEM) TAHUN 2021
Dimaklumkan bahawa Jabatan ini ingin mempelawa calon-calon yang berminat dan berkelayakan untuk memohon laluan pakar bidang khusus (Subject Matter Expert - SME) ini berdasarkan kepada syarat- syarat asas yang telah ditetapkan. Permohonan hendaklah dibuat dengan mengisi dan melengkapkan borang-borang melalui pautan https://www.jupem.gov.my/halaman/subject-matter-expert-sme.
Sehubungan itu, permohonan yang telah lengkap hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Khidmat Pengurusan, Ibu Pejabat Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia selewat-lewatnya pada 31 Mac 2021 (Rabu).
Gangguan Capaian Pautan Aduan/Maklum Balas dalam Portal JUPEM
Dimaklumkan pautan Aduan/Maklum Balas melalui Portal JUPEM adalah DITUTUP buat sementara waktu sehingga diberitahu kemudian.
Buat sementera waktu ini, sebarang aduan/maklum balas boleh dikemukakan melalui e-mel ke hqweb@jupem.gov.my.
Sebarang kesulitan berhubung perkara ini amatlah dikesali.
Notis Penutupan Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Sungai Santap, Jabi, Alor Setar
Dimaklumkan bahawa Tapak Kalibrasi EDM/GNSS di Sungai Santap, Jabi, Alor Setar telah DITUTUP ekoran mendapan tanah dan tidak lagi sesuai digunakan untuk pelaksanaan ujian kalibrasi alat.
Sehubungan itu, pengguna-pengguna disarankan untuk menggunakan Tapak Kalibrasi GNSS di UiTM Arau di bawah seliaan JUPEM Perlis, Tapak Kalibrasi GNSS Lebuhraya Butterworth - Kulim (BKE), Kubang Semang di bawah seliaan JUPEM Pulau Pinang dan Tapak Kalibrasi EDM di Tapak Industri, Jalan Perusahaan, Kulim di bawah seliaan JUPEM Kedah.
Pihak JUPEM memohon maaf di atas kesulitan yang berlaku.
Perkhidmatan Janji Temu melalui Sistem e-JanjiTemu
Dimaklumkan Sistem e-JanjiTemu <https://www.iamsjupem.com/> - modul JUPEM Johor telah mula beroperasi sepenuhnya pada 1 Disember 2020. Mana-mana pihak boleh menggunakan platform ini untuk membuat tempahan janji temu dengan pegawai di JUPEM Johor. Sekian, terima kasih.