Date Published : 03 Feb 2023

TAKLIMAT KHAS BERKENAAN PERSEMPADANAN MALAYSIA-BRUNEI DAN SESI LAWATAN BAGI PENGESAHAN DOKUMEN-DOKUMEN LAMA DI JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK | 31 JANUARI 2023

TAKLIMAT KHAS BERKENAAN PERSEMPADANAN MALAYSIA-BRUNEI DAN SESI LAWATAN BAGI PENGESAHAN DOKUMEN-DOKUMEN LAMA DI JABATAN TANAH DAN SURVEI SARAWAK | 31 JANUARI 2023

Buat julung kalinya telah berlangsung sesi taklimat khas dan lawatan bagi pengesanan dokumen - dokumen lama di Jabatan Tanah dan Survei Sarawak (JTSS) berkaitan dgn persempadanan Malaysia - Brunei pada 31 Januari 2023 - 2 Februari 2023.

Delegasi JUPEM yang diketuai oleh YBrs. Sr Mohammad Zaki bin Mohd Ghazali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah disambut oleh YBrs. Encik Awang Zamhari bin Awang Mahmood yang merupakan Timbalan Pengarah (Pengurusan) Jabatan Tanah dan Survei Sarawak serta Pegawai-Pegawai Kanan JTSS yang lain.

Taklimat persempadanan Malaysia - Brunei telah disampaikan oleh Sr Saiful Nizam bin Saip, Pengarah Ukur Seksyen (Sempadan Darat Antarabangsa), Bahagian Ehwal Persempadanan, JUPEM. Program ini turut dihadiri oleh YBrs. Sr Hazri bin Hassan, Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan II, En. Hazrey bin Tomyang, Setiausaha Bahagian Ukur dan Pemetaan, Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC), Sr Sylvester Luta Anak Buli, Pengarah Ukur Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, Sr Powzy bin Mohd Som, Timbalan Pengarah Ukur Bahagian (Ehwal Persempadanan), En. Abdul Munir bin Lutfi Said, Ketua Penolong Pengarah, Bahagian Asia Tenggara, Kementerian Luar Negeri serta pegawai-pegawai dari JTSS, BEP JUPEM dan Bahagian Pemetaan Topografi Sarawak, JUPEM.

Sesi pengesanan dokumen-dokumen lama Persempadanan yang ada dalam simpanan JTSS ini dijalankan pada 31 Januari 2023 hingga 2 Februari 2023 dan ianya merupakan satu proses yang sangat penting bagi pihak JUPEM untuk melengkapkan kajian 𝘥𝘦𝘴𝘬𝘵𝘰𝘱.

Semoga sesi lawatan ini akan membuka satu lembaran baru yang positif di antara JTSS dan JUPEM dalam berkongsi maklumat dan kepakaran dengan menjunjung semangat serta kesefahaman yang sama dalam melindungi kepentingan dan kedaulatan negara.