Date Published : 18 Sep 2023

TAHNIAH JUPEM; NO.3 PERTANDINGAN RERUAI TERBAIK JABATAN/ AGENSI SEMARAK MERDEKA NRECC 2023 | 22 OGOS 2023

TAHNIAH JUPEM; NO.3 PERTANDINGAN RERUAI TERBAIK JABATAN/ AGENSI SEMARAK MERDEKA NRECC 2023 | 22 OGOS 2023

Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (NRECC) telah menganjurkan program Semarak Merdeka NRECC 2023 pada 22 Ogos 2023. Pelbagai pengisian telah diisi, dan antaranya adalah Pertandingan Reruai Terbaik antara Jabatan/Agensi di bawah kementerian ini. Syabas diucapkan buat JUPEM yang telah menduduki tempat ke-3 terbaik di antara 22 jabatan/agensi. Tempat pertama dihuni oleh National Water Research Institute of Malaysia (NAHRIM) dan kedudukan kedua oleh JABATAN KETUA PENGARAH TANAH DAN GALIAN (PERSEKUTUAN) (JKPTG).  

JUPEM pada pameran kali ini telah memperkenalkan salah satu tugasan di sebalik tabir jabatan, yang ramai tidak ketahui, iaitu penyelenggaraan 'Jam Besar' di Bangunan Sultan Abdul Samad (BSAS, Datatan Merdeka). Replika 'enjn jam' telah dihasilkan menggunakan bahan terpakai dan dua orang 'penjaga jam' di BSAS juga turut hadir memberi penerangan.